Jumaat, November 20, 2009

30 Days Shred with JM

For the first level habiskan JM Level 1 for 10 days
JM Level 2 10 days
JM Level 3 10 days

Total= 30 days

Day 1 - 17 Nov 2009
6.00-6.30pm
JM Level 1

Day 2 - 18 Nov 2009
6.00-6.30pm
JM Level 1

Day 3 - 19 Nov 2009
6.00-6.30pm
JM Level 1

Day 4 - 20 Nov 2009
6.00-6.30 pm
JM Level 1

Day 5
7.30-8.30 am
Jogging kat taman
Buat keje umah seperti sapu sampah, mop lantai dan sebagainya
2.00-6.30 pm
eksesais suka ati tak ikut DVD pasal aku peminat setia TBL 12-9.30pm
meroyan aku tengok sorang-sorang

Day 6
Balik kg (takde eksesais langsung) buat aktivit biasa je kemas umah, makan2

Perkara yang buat aku paling happy ialah...pada tanggal 20 Nov 2009 pakwe dah mula prasan badan aku dah menyusut...die tanye dah turun brape kg? aku ckp turun 1kg..tapi dah nampak susut katanya (syukur kepada Allah) ini yang aku nak dengar sangat dari die..die ni kuat komplain dan seorg yg berterus terang tak penah nk puji perli ada la...dia penah perli aku camni (ai..ari2 eksesais tak kecik pn) sedey tau...mula la aku rasa nak tinggalkan terus diet pastu mkn nasi goreng 2 pinggan (geram punye pasal).Kita sebenarnya amat-amat memerlukan support dari org yg tersyg dan org yg terdekat ngn kite kan...kalau diorg kutuk terus patah semangat.
Bila die dah puji ni yang buat aku lebih semangat nak kurus ni...ekekek..sonoknya..

K la...Update lagi nanti

Selasa, November 17, 2009

Hope My Dreams Come True

Impian ini tidak akan menjadi nyata sekiranya kita tidak berusaha.
Today aku baca kat blog einaz cmne impian dia leh jadi kenyataan. Ur my inspiration einaz...aku betul-betul insap..
Camne aku nk wat cm die..she's my spirit
Moga-moga aku pun leh dapat jadi cam die.
Now I know about losing weight...
Pengetahuan dah ade..
Skill dah diajar..
Hanya perlaksanaan belum di laksanakan..
I hope my dreams come true tooooooooooooo

Khamis, November 12, 2009

Diet 7 Hari

Aku jumpa diet ni dalam majalah RAPI yang tersusun rapi di rak buku aku...hehehe...
Moga-moga dengan cara ni ada penurunan dalam masa seminggu

Diet ni untuk seminggu

Hari Pertama
- boleh makan semua jenis buah kecuali pisang
- jus tembikai rendah adalah pilihan yang tepat
- sup

Hari Kedua
- Semua jenis sayur-sayuran kecuali kacang, pis dan jagung, tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpamanya
- paling baik sayuran hijau
- sup
- malam, makanlah kentang putar hidangan besar. Lupakan mentega dan mayonis

Hari Ketiga
- Gabungkan hari pertama dan kedua
- Jika betul-betul amalkan diet ni, berat antara 2-3kg boleh turun

Hari Keempat
- Makanlah pisang dan minum susu skim
- seeloknya tiga biji pisang dan minum susu sebanyak yang mampu
- sup

Hari Kelima
- Daging dan tomato
- anda dibenarkan untuk makan daging (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600g
- tomato boleh makan hingga 6 biji
- sup sekali sehari

Hari Keenam
- Daging dan sayur
- jangan makan kentang putar
- jangan lupa sup

Hari Ketujuh
- nasi dari jenis beras perang
- jus kurang manis
- sayur-sayuran
- sup sekali sehari

8 Perkara Lakukan Sepanjang Berdiet
1. Ulangi pelan dalam seminggu seberapa kerap yang anda mahu. Amalkan secara konsisten.
2. Bersihkan minda anda dan yakinkan diri untuk bahawa anda boleh meneruskan diet ini.
3. Diet ini membakar kalori dengan pantas dan tidak menyebabkan sengal-sengal otot.
4. Kesannya selepas hari ketiga, anda akan menolak kopi
5. Anda dilarang makan apa-apa makanan berasaskan roti sepanjang pelan menu ini.
6. Elakkan minum alkohol dan berkarbonat
7. Lebihkan sup
8. Semua makanan yang boleh diambil mestilah direbus, dibakar atau dipanggang. Dibolehkan makan steak tetapi lebihkan daging ayam atau ikan.

All The Best

Aku dah try diet ni untuk 2 ari sajo...ari lain mkn cm besa tidak boleh ikut lagi diet ini..ampun...susahnya nk follow diet ni betul-betul. Dugaan dan cabaran teralu banyak loo...ni je progres aku ..hehehe...jangan mare...

Hari Pertama

10/11/2009
8.00 pagi - jus tembikai
1.00 tgh - buah sahaja...(ngelat juga makan bihun gorang ckt)
8.30 mlm - sup sayur

w/o:
- JM Level 1 7.30-8.30mlm
- skipping 500x 6.00pagi

Hari kedua
Timbang jam 7.00 pagi
Berat turun 1kg kepada 64kg
:) happy sangat

Dah dapat turun 1kg kan..tapi...aku stop setengah jalan. Sayang kan? Musti korang cakap aku ni bodoooo tahap gaban...diet senang camni pun takleh buat...korang cuba dlu baru tau..

Ni aku listkan beberapa sebab nape aku stop
1. buah sekarang ni tersangat mahal (nak cari buah tembikai pun susah)
2. alamak nampak gayanye satu je sebab

ok la aku pn nak mula balik buat diet ni...jom kita menchallengekan diri kita untuk follow this diet.
Kalau tak percaya tgk result ku pada hari ke-2. Sebenarnya boleh tu kalau aku buat betul2.
Maybe aku dah dapat berat target untuk 27 nov iaitu 60kg. Aku nak try lagi for this week.
Nekad ni nak mula esok. doakan aku berjaya ye kawan-kawan.

Kisah aku dan Kenangan

Pada suatu pagi semasa aku tengah siap nak gi keje aku telah disedarkan dari mimpi...tau ape yang telah menyedarkan aku tentang asal usulku...lagu dari Halim Yazid yang berjudul bangkit asal 2. Bagiku lagu itu sungguh menyayat hati dan ada kena mengena ngn aku...syahdu oo pagi2 denga lagu cmtu...

Aku tak penah cite pasal diri aku kepada orang lain..
Hari ini aku nak cite kisah diri aku pasai ni blog aku kan.

Bermula masa kecil dulu..
Aku dah biasa makan nasi tanpa lauk,
Kalau ada seekor ikan kena syer dua,
Dapur cuma ada garam, tak penah ada gula,
Baca buku malam-malam pakai pelita, minum air telaga, masak guna dapur kayu,
Bangun pagi-pagi, mandi air telaga (sejuk oo) Jalan kaki ke sekolahgi sekolah tanpa breakfast,
Bila hari hujan, jalan becak kasut putih jadi kuning,
Satu perkara sampai sekarang yang aku takleh lupa cikgu mintak duit RM6 je untuk pegi lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands, orang lain g sume aku sorang jah tinggal, sedey gile time ni..niat dalam hati dah keje or dah kawin nak ajak laki g (sampai sekarang aku lum penah sampai sane lagi),
mek ayah pun tak penah kisah pasal sekolah janji diorang dapat anta aku g sekolah, blaja la sendiri,
Aku nekad dalam hati nak blaja sungguh2 nak lulus SPM dapat kje elok,
Lepas je SPM rezeki aku terus dapat keje kat Bangi,
Kat sini aku sedih plak kena dok sorang-sorang,mek ayah dan adik2 jauh di kelantan
Pesan ibu dan ayah pandai-pandai la membawa diri sentiasa teguh tersemat dihati

Ingatlah semua...masa kita susah takde orang pun nak pandang walau sebelah mata.....

Now bila hidup kita dah senang kita cepat lupa, lupa pada semua perkara,
Lupa yang kita pernah susah terpaksa syer makanan,
Bila senang kita tak penah nk kira jumlah makanan dan kalori yang masuk ke perut kita sebab tu lah berat aku makin bertambah dari tahun ke tahun sehingga kini...

Tapi aku bersyukur sebelum terbabas jauh sekarang aku dah tahu macamana nak sihat, kurus dan cantik dengan diet dan eksesais yang betul.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada kawan-kawan dalam cari.com. Dari situ aku banyak blaja how to loose weight with diet n eksesais. Bersyukur sangat dapat jumpe web ni kalau tak...ntah sampai bila aku nak ternak lemak ni dalam bdan aku..sekurang-kurangnya sekarang aku berusaha untuk mengurangkan penternakan lemak ini supaya tidak menjadi bertambah parah.

Khamis, November 05, 2009

My Photo


Gamba biggest loser



Ni gamba sebelum dan selepas. Kagum gile aku ngan die ni...turun dekat 106lbs.

Kopi dan Aku

Satu masalah besar bgku ialah aku ni terlalu addict dgn kopi..kalau tak dapat kopi satu hari tak jd keje aku...tolong la bagi opinion ape yg perlu aku buat ni...pleaseeeeee help me

Rabu, November 04, 2009

Matlamat Yang Paling Dekat

Aku dah buat kertas matlamat tapi lum tampal kat mana-mana lagi...ni aku dapat idea dari blog somebody yang aku rasa interest tengok blog die ni...
Tulisan kat kertas tu ialah Berat yang ingin dicapai pada 27 November 2009 ialah 60kg...

untuk capai 60kg pada 27 nov 2009
ada 4mggu lagi
seminggu kena turunkan 1.25kg x 4= 5kg/month

boleh tak aku capai berat idaman ku ni..hanya 5kg/month susahnya Allah saja yang tahu..aku tak mintak byk utk bln pertama dapat turun 5kg pn dh memadai bgku...

Contest 99htn

Harini 4 hari hidupku tanpa nasi. Tapi...makanan lain still mamam tapi dalam kuantiti yang sikit dan kurangkan makanan berlemak, bergoreng.

Pandangan Sisi




Pandangan Hadapan


Gamba aku di ofis bersama offismate

Bersama Wawa..budak ni tak join 99htn. Dia dah cukup slim n langsing..me jeles tgk die