Jumaat, Mac 19, 2010

Baby oh Baby

Hi there...dah lame sy tak berblog. Rindu plak rasanya dah lame tk menaip sesuatu dalam blog. Sebenarnya kehidupan sy semenjak dua menjak ni terlampau sibuk. Ok lah dipendekkan story sy nak syer berita gembira ngan u all. Saya telah dianugerahkan seorang baby boy yang sangat cute. Lahirnya pada 07.03.2010 dengan berat 3.0kg dan ukuran panjang 52cm. Sedar tak sedar sy dah jadi Umi (tak sesuai) ade aku kesah. Kalau boleh sy nak umumkan kat satu dunia yg sy telah menjadi UMI....bangga ada, sedey sume perasaan bercampur baur. Dah lame sy nantikan saat-saat ni tau. Perkahwinan kami dah 6thn. Akhirnya penantian ini berakhir jua. Syukur padamu Ya Allah. Tiada kata dan tiada bahasa yang dapat sy gambarkan.

Sy dan suami sepakat menamakan baby kami Irsyad Naufal. Irsyad kaulah permata hati Umi. Next time sy upload foto. For this time bz menjaga baby.

Isnin, Mac 08, 2010

Design From My Butterfly



Here u are...

Perfume Addict

Sy tengah fikir2 nak beli perfume. Biasanya sy pilih brand silky girl yg Funky tu je, tapi..lelame dh boring plak bau tu je. Minggu lepas sy ke alamanda ngan adik konon adik yg nk cari perfume malangnya dengan sy sekali terjebak membeli perfume The Body Shop bau buahan. Ade suggestion tak perfume yg wangi (dan murah) ekekek. I love bau yg wangi very much. Sy slalu impikan kalau ade duit yg berlebih-lebihan (banyak) nak beli perfume kat kaunter SOGO tanpa berfikir panjang. Semua brand sy nk beli like DIOR. Tapi setakat ni impian tu hanya dalam mimpi. Manalah sy mampu nk beli perfume yg mahal.:(

Khamis, Mac 04, 2010

MLM

Sape penah join ape2 MLM dalam Malaysia ni? Sy salah sorang dari mangsa MLM (mangsa ke) ntah tak tau nak discribe. Citenye camni, dalam tahun 2007 kot kan tahun gawat tu konon2 nk bantu tambah pendapatan kuarga la konon2 tapi tau tak ape jadi? Mesti tak tau kan? Mesti korang ingat sy telah berjaya memakai Mercedes C200 kan? Korang salah. Kesimpulannya MLM ke mana duit sy yg rabak buat bayar loan bank bulan2. Ini bukan menambah rezeki kuarga mengurang dan merabakkan kocek sy ade la..adoi pedih, sedih sume ade. Tanggung la hutang tu sampai tua. Jadi nasihat sy pada pembaca sume kalau anda seperti sy yg malu2 nk jumpe orang, tak pandai berkata-kata (dalam blog banyak cakap) takde face to face takpe tak payah lah nak join MLM nyusah kan diri sendiri dan kuarga sajork.

Kadang2 sy rasa menyesal jugak mengambil keputusan yg drastik tanpa berfikir panjang dengan join MLM, tapi sume tu bagi sy ade hikmahnya kan? Kalau tk cuba kite takkan tahu sejauh mane keupayaan diri kite sendiri tul tak?

Korang kalau rasa simpati dan ada keperluan ape salahnye beli penapis Air Bio Aura dengan saya. Sy bagi special price to u all. (ni bukan paksaan) ini cobaan.

Rabu, Mac 03, 2010

Kisah Lucu 2

Pelatih Baru

Imran diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke dalam biliknya dan terus mendail telefon. "Tolong buatkan saya kopi. Cepat!" katanya menengking. Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awa bercakap ni?" kata suara di hujung talian."Tidak," jawab Imran. "Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?" balas suara itu. Imran terkejut. Barulah dia sedar yg dia tersalah dail. Hajatnya mahu menghubungi kantin. "Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?" tanya Imran. "Tak, awak siapa?" balas Pengarah Urusan itu. "Kalau tak tahu, bagus," kata Imran terus meletakkan gagang telefon.

Pehtua 2

Mengempiskan Perut

Cara 1: Bagi sesiapa yg mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Anda perlu mengambil limau nipis yg telah dicampur dgn teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yg buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk org yg tiada mengidap sebarang penyakit.

Cara 2: Untuk kempiskan perut, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu di perut, amalkan setiap malam. Perut anda akan lebih menarik.

Pehtua Tradisional 1

Petua 1

Berat yg berlebihan
Minum air limau nipis.

Cara 1: 2biji limau nipis atau kasturi, perah airnya ke dalam gelas yg berisi dgn air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam (setiap hari). Cara ini boleh diikuti dngan senaman ringan. amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Cara 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh Cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Cara 3: Minum air asam jawa setiap hari kerana ia mampu membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa dan ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, jadikan sebagai minuman selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan lansing.

Cara 4: Amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yg ditambah dgn sebuk kayu manis dan madu.

Nasihat Kecantikan Terbaik

Tips 1: Sapukan bedak asas di kelopak mata sebelum anda mengenakan pembayang mata. Ini memebantu warna pembayang mata anda kekal lebih lama.

Tip 2: Daripada anda membeli kertas kedap minyak yg mahal, belilah sekotak tisu gulung. Selain murah, ia juga berkesan menyerap lebihan minyak di wajah.

Tip 3: Sapukan balm bibir sebelum anda mengenakan pengilat bibir atau gincu. Ia membantu warna gincu kekal lebih lama, warnanya melembap dan menjadikan penampilannya lebih berseri.

Tip 4: Gunakan jeli petroleum atau krim sejuk untuk membuang solekan. Ia murah dan berkesan walaupun pada maskara kalis air.

Tip 5: Penuaan ialah perkara yang tidak perlu anda risaukan. Cubalah bersifat positif dan terimalah hari-hari yg mendatang dgn gembira. Minum 8 gelas air sehari dan jangan lupe gunakan pelembap.

Tip 6: Masker berasaskan tanah liat adalah masker yg paling baik utk kulit berminyak.

Tip 7: Gunakn sabun yg lembut misalnya Dove utk kulit sensitif. Ia membantu menjadikan kulit kurang berminyak kerana pH yg seimbang.

Tip 8: Sembur wajah dgn air sejuk dan berdirilah berhampiran tempat yg sejuk utk mengurangkan kesan kemerahan.

Tip 9: Sapukan warna cerah di dalam kelopak mata utk menyerlahkan bentuknya.

Tip 10: Gunakan penyembur rambut beberapa saat di bulu mata.

Tip 11: Untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam, wap wajah selama 5 minit dan sental dgn segera.

Tip 12: Untuk menjadikan rambut anda berkilau dan kuat, sapukan minyak zaitun ke rambut sebaik sahaja selepas mandi. Ia membantu menjadikan rambut lebih berkilau dan kuat.

Tip 13: Sapukan jeli petroleum kepada bulu mata untuk menjadikannya lebih lembut dan cantik. Lakukan ini setiap kali sebelum tidur. Ia juga membantu melentikkan bulu mata secara semulajadi.

Cubalah. Jangan lupe bagitau sy hasinya.

Cara Mengurangkan Kalori

Bagaimana cara mudah menurunkan berat badan tanpa kita sedari? Senang saje. Ganti saje makanan anda dengan makanan lain atau tetap mengongsuni makanan yg sama hanya cara memasaknya saja berbeza.

Ada 10 cara sederhana untuk menguarangi kalori dari diet makanan seharian, seperti diambil dalam Good Health & Medicines.

1. Ganti telur dadar, telur goreng dengan telur rebus.

2. Ganti dressing salad seperti thousand islan atau mayoness dengan minyak zaitun.

3. Ganti muffin dengan kekacang.

4. Ganti keju cheddar dengan fetta.

5. Ganti mentega dengan marjerin rendah lemak.

6. Ganti gula dengan kayu manis.

7. Ganti susu penuh lemak dengan susu rendah lemak.

8. Ganti cereal atau keping jagung serat dengan yang tinggi serat.

9. Ganti pasta dengan sup.

10. Ganti yoghurt penuh lemak dengan yoghurt tanpa lemak plus buah segar.

Rahsia Memilih Sikat

Yang perlu dilakukan...

1. Beli sikat rambut yg berkualiti bagi menjaga keindahan dan kesihatan rambut. Walaupun mahal harganya, anggaplah pembelian tersebut sebagai satu pelaburan. Bukankan sikat itu untuk kegunaan setiap hari?
2. Pilih sikat rambut yang bergigi jarang dan lembut untuk memudahkan rambut disikat antara celahan tersebut. fungsinya untuk menghindari rambut mudah putus.
3. Gunakan sikat rambut yg diperbuat daripada bahan semula jadi untuk mencegah rambut rosak dan patah.
4. Cuci sikat rambut secara rutin kerana minyak daripada kulit kepala akan melekap pada gigi sikat dan menghimpunkan kotoran.
5. Buang rambut atau kotoran yg menempel pada permukaan sikat terlebih dulu sebelum mencucinya.
6. Rendam sikat rambut ke dalam campuran air dan mild shampoo, kemudian keringkannya secara semulajadi (menganginkannya)

Yang perlu dielakkan...

1. Buang tabiat memakai sikat rambut yg diperbuat daripada bahan sintesis dan berkualiti rendah dgn alasan harganya murah.
2. Jangan mengehadkan diri dengan hanya memiliki satu sikat rambut kerana setiap org harus mempunyai sikat yg disimpan di rumah dan satu lagi di dalam tas tangan yg boleh dibawa ke mana saja.
3. Elakkan daripada menyikat rambut yang disepit atau diikat. Ini kerana rambut akan menjadir semakin rosak kerana tekanan terkumpul (daripada arah rambut disikat) di satu bahagian.
4. Jangan menggunakan sikat rambut bulat untuk pemakaian setiap hari. Hujung sikat yang padat dan penuh boleh menyebabkan rambut terbelit seterusnya mengakibatkan rambut tertarik atau patah.

Kisah Lucu 1

Nak Gelak Ke Tak Ni?

Seorang wanita yang mendukung bayinya sedang menaiki tangga bas. Sebaik terlihat bayi wanita itu, pemandu bas dengan selamba tiba-tiba berkata, "Inilah bayi terhodoh dalam dunia yang pernah saya lihat." Dengan marah, wanita itu terus membayar tambang dan duduk jauh di belakang bas. Mukanya masam betul. Lelaki yang duduk berhampiran dengannya perasan akan 'mood' wanita itu yang tidak berapa baik. Cuba meredakan perasaan wanita itu, lelaki itu bertanya apakah yang sedang mengganggu emosinya. "Pemandu bas ini telah menghina dan memalukan saya," adunya. Lelaki tersebut sangat simpati dan terus berkata pada wanita tersebut, "Kenapa? Sebagai pemandu bas awam, dia tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang boleh merendahkan maruah penumpang." "Awak betul. Saya rasa saya nak jumpa semula dengannya dan lepaskan kemarahan saya padanya," balas perempuan itu pula. "Ya. Saya setuju. Awak pergi sekarang. Tapi sebelum itu, mari saya pegang monyet awak tu dulu."

Kelakar tak? Sebenarnya bayi yang dikendongnya ialah anak monyet yg dibungkus dengan kain. Ekkekekek

Selasa, Mac 02, 2010

Kisah Kejayaan 1

Kat sini sy nk syer kisah kejayaan yg sy petik dari majalah RAPI..

Nama dan no telefon adalah rahsia..ekekek
Ini adalah beberapa tips yang kawan kita ni buat
Berat dahulu: 65kg
Berat kini: 51kg

1. Hentikan minuman ais
2. Makan nasi sekali seminggu (kuantiti setengah senduk saja)
3. Pilih nasi atau roti atau biskut.
4. Breakfast- bijirin dan jus buah
5. Tengahari- makan lauk saje seperti tomyam dan sup sayur.
6. Malam- Biskut 2,3 keping bersama air milo panas.
7. Banyakkan minum air suam atau air mineral jika lapar
8. Biasakan makan ulam2 dan jambu batu utk Vit. C
9. Jika memasak, minimumkan penggunaan minyak masak.
10. Senaman- Setiap hari joging, aerobik dan sit up

Senaman Yang Membakar Kalori

1. Aerobik dalam air - Kalori yg dibakar: 200 kalori/30minit

2. Harungi jeram - Kalori yg dibakar: 190 kalori/30minit

3. Berenang di laut/sungai - Kalori yg dibakar: 200-300 kalori/30minit

4. Yoga di tepi pantai - Kalori yg dibakar: 100-200 kalori/30minit

5. Pilates di taman - Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

6. Joging - Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit

7. Badminton - Kalori yg dibakar: 275 kalori/30minit

8. Boling - Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

9. Berbasikal di tempat terbuka - Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit

10. Futsal - Kalori yg dibakar: 220 kalori/30minit

11. Rock Climbing - Kalori yg dibakar: 349 kalori/30minit

Tips Senaman Mudah Di Pejabat

Senaman Pinggan dan Lengan

1. Arm Strengthen
Duduk tegak. Bawa tangan anda ke depan dan tegakkan tapak tangan ke atas. Genggam telapak tangan yg ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan2turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yg sama pada tangan sebelah lagi.

2. Wrist Movement
Masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua2 telapak tanganke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama 3-4 saat. TEgakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

3. Back Twist
Duduk tegak dan adakan sedikit ruang di bah belakang punggung anda. Letakkan tangan kanan di belakang punggung sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan tersebut selama 3-4 saat. Ulang langkah untuk bah sebelah kanan pula.

Ok that's all for today..kita sambung esok

Penapis Air Bio Aura

Sistem penapis air dengan Teknologi Nano. Telah diiklankan dalam TV3 dan TV9.

Sy menawarkan bayaran bulan mengikut kemampuan anda. Sesiapa yang berminat boleh contact sy by sms atau email.

Katakan TIDAK Kepada Kopi

Pada 03 Mac 2010 (esok) sy berikrar sy tidak akan ambik kopi lagi. Bahawasanya sy telah insaf. Kesian buah pinggang sy terpaksa bekerja keras untuk meneutralkan kafein yg ada dalam kopi. Mulai hari ini sy telah menyesal kerana minum kopi 3 kali sehari. Banyak tu ade sape2 yg boleh challege tak? Begitulah addictnya sy dengan kopi ni. Berhantu. Kalau tak minum sehari tak bleh keje. Mungkin buat permulaan sy kurangkan kepada 1 kali sehari sahaja. (noktah) Pesan org tua2 ape2 yg kita buat akan jadi biasa jika dapat diteruskan sehingga 21 hari. Sy akan cuba. Sy akan tulis progress sy kat sini everyday...u all jadi judge. Doakan sy berjaya

Pelbagai Design From My Butterfly

Upload pic later...

Alang-alang dah ade mesin jahit, baik aku menjahit. (cakap dalam hati). Boyfriend gelak je bile sy bgtau nk menjahit. Adik2 pun tak caye. Takpe sy akn tunjukkan pd mereka yg sy memang serius nak menjahit. Anything yg terlintas di fikiran sy,sy akan potong kain dn jahit.(potong jeans yg tak pakai) cam recycle la...tak baik membazir.

Setakat ni sy dh siapkan satu tote bag utk adik pompuan sy yg bongsu (bucuk) dan satu beg syiling (beg h/p) untuk adik yg second last. All this sy gune jeans yg terpakai. I will show u later yer...tunggu...

New Mesin Jahit


Ekekek tajuk new tetapi mesin ni dh lame tersimpan rapi kat umah mak ayah kat kampung. Tapi bila dh anta repair, upgrade letak moto letrik nampak cam baru plak mesin jahit aku ni. Mesin ni ade sejarahnya tersendiri peninggalan moyangku yang tersayang. Alfatihah untuk moyang ku yang tercinta. I mis her very much. (tangkap leleh kejap).

Nanti sy upload gambo. Jenama Butterfly masih ok walau berusia berpuluh tahun kot.
Inilah gamba mesin jahit kesayangan saya.

99htn Sudah Berakhir

Pada 07 Feb 2010 yang lalu kita dah ade pemenang untuk 99htn. Tahniah sy ucapkan pd mereka yang berjaya. Tahniah juga kepada yg kantoi like me la...bg sy menang kalah bukan ukuran tapi...sy tahu sume orang telah melakukan yang terbaik untuk contest ni. Sume orang telah berusaha (macam pakcik jugak) menghindari nasi selama mana yang mungkin. Tul tak? (macam pakcik jugak). Jangan sedey2 tau for me hidup perlu diteruskan walau pn tak menang. Tak menang takpe atleast kite dh berusaha dan mencoba. Kite ni berani sebenarnya. Bayangkan hanya 100 orang je dalam Malaysia ni yang nak join 99htn sedangkan tahap obesiti di negara kita mungkin yang tertinggi di Asia. First step kita dh buat, ayuh kita mulakan lagi langkah kedua dan ketiga sehingga mencapai berat impian kita.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Me sendiri tak turun langsung (ade la turun 1kg dalam bulan pertama join contest) pastu naik balik dan tak turun2. :( sedey tau sape yang tak sedey tapi...me masih meneruskan contest ni sendiri means sy akan menjadikan contest ni sebagai permulaan dan meneruskannya sendiri seumur hidup bukan 99hari sahaja. Kalau setakat buat untuk 99hari sahaja sy memang tak yakin yg sy boleh sihat, kurus dan cantik (slogan).

Sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang terlibat dalam contest 99htn kerana bagi sy contest ni menjadi batu pengukur kepada sy bahawa sejauh mane sy boleh belajar berdisiplin walaupun penganjur tak nampak tapi..rase bersalah je bila makan nasik...

Tips Penjimatan Elektrik

Untuk menjimatkan bil letrik anda setiap bulan, mungkin dah ramai yang tahu kan?...kepada yang belum tau kat sini ada beberapa tips untuk menjimatkan bil letrik anda. Cuba dulu dan lihat hasilnya. Pasti memuaskan.

Tips
1. Off semua peralatan letrik selepas digunakan. (ni sume org dh tau)
2. Cabut semua plug barang letrik anda selepas off (ni yg ramai tak tau. Kita mungkin fikir bila dah off dah ok. sebenarnya tidak...selagi u belum cabut plug dari dinding arus elektrik masih mengalir dan bil letrik u melonjak naik.
3. Seterika baju pada pada waktu malam.
4. Cubalah. Tak percaya takpe. Tapi saya dah cuba dan hasilnya sungguh menjimatkan. (tak tau brape persen.

Ok itu saje buat kali ni. Next time sy akan syer lagi tips untuk kawan-kawan sume.