Khamis, April 29, 2010

Pilihan Fesyen XL





Di sini saya nak syer beberapa pilihan fesyen untuk orang yang bersize XL. Seperti yang sedia maklum kalau kena dengan gaya orang yang bersize XL pun boleh bergaya ranggi dan cantik sekali. Di sini ada beberapa pilihan gaya terkini yang saya cedok dari majalah. Sama-sama kita cuci mata dan cepat-cepat cari baju macam dalam gamba.ekekeke (itu perangai saya) suke meniru kalau nampak cantik dimata dan mestilah ukur baju di badan sendiri la...kalau cantik dan sesuai saya akan ikut, kalau bertentangan saya akan jadikan sumber inspirasi.

Make up Terkini






Cantik tak make-up cam ni. Untuk sesuatu acara boleh tapi untuk make up ke tempat keje macam berlebihan lak kan?

Saya suke make up dalam foto yang pertama. Biasanya saya make up lebih kurang macam ni je ke tempat keje. Saya rasa nama make up ni smokey eyes kot. Apa pilihan anda?

Selasa, April 20, 2010

Jenis Babywearing






Ring Sling







Inilah antara jenis ring sling yang sangat popular buat masa ini. Sebenarnya sling ni banyak jenis ada pouch sling, ring sling, mei tai, bjorn dan macam-macam lagi. Tetapi jenis RS ni yang paling menarik minat saya. Nampak simple, selesa dan of course la cantik banget.Oleh kerana anakku boy, jadi saya telah memilih colour earth walaupun dalam hati suke sangat col pink hitam cantik sangat kan? Mmmm saya masih berfikir kalau ada bajet nak beli lagi satu yang light colour so cute kan? RS ni boleh dipakai dari newborn sehingga kanak-kanak. Janji kita larat nak kendong.

Babywearing

Sy sedang berfikir nak beli atau guna babywearing terbaik buat baby sy. Sy baru jumpa satu website pasal babywearing malaysia. Kat sini rata-rata ibu-ibu, umi-umi menggunakan satu carier baru dipanggil ring sling atau pouch sling. Harganya boleh tahan gak ratusan ringgit. Atau jahit sendiri dan beli ring secara online??? ntah la tak dapat fikir lagi..kalau nak senang beli je (untuk org yg malas cam sy) kalau kreatif leh jahit sendiri (cam sy jugak) dan sayang nak kuar duit beratus ringgit.

Setahu sy kalau kita guna baby carier like anakku or so on hanya baby yang berumur 02 hingga 06 bulan sahaja boleh guna, manakala ring sling atau pouch sling boleh diguna sehingga baby mencecah usia 2 tahun atau mencecah berat tertentu. Mmm macam best je kan?

Jumaat, April 09, 2010

Irsyad Naufal




Irsyad Naufal kaulah permata hati umi. Pejam celik je baby boy sy dah berumo sebulan 2 hari. Mmmm susah juge ye nak menjaga si kecik ni. Kadang sy tak sempat makan minum risaukan baby. Sy masih tak paham ragam die nak susu ke demam ke tu pasal sy slalu je risau. Tido malam memang tak cukup. Baby sy berjaga malam dan tido waktu siang. Tapi sy sangat bahagia sekarang hidup sy dah terisi dengan kehadiran die di sisi. Kalau dulu sy punya banyak masa lapang sekarang tidak lagi.