Tips 1: Sapukan bedak asas di kelopak mata sebelum anda mengenakan pembayang mata. Ini memebantu warna pembayang mata anda kekal lebih lama.
Tip 2: Daripada anda membeli kertas kedap minyak yg mahal, belilah sekotak tisu gulung. Selain murah, ia juga berkesan menyerap lebihan minyak di wajah.
Tip 3: Sapukan balm bibir sebelum anda mengenakan pengilat bibir atau gincu. Ia membantu warna gincu kekal lebih lama, warnanya melembap dan menjadikan penampilannya lebih berseri.
Tip 4: Gunakan jeli petroleum atau krim sejuk untuk membuang solekan. Ia murah dan berkesan walaupun pada maskara kalis air.
Tip 5: Penuaan ialah perkara yang tidak perlu anda risaukan. Cubalah bersifat positif dan terimalah hari-hari yg mendatang dgn gembira. Minum 8 gelas air sehari dan jangan lupe gunakan pelembap.
Tip 6: Masker berasaskan tanah liat adalah masker yg paling baik utk kulit berminyak.
Tip 7: Gunakn sabun yg lembut misalnya Dove utk kulit sensitif. Ia membantu menjadikan kulit kurang berminyak kerana pH yg seimbang.
Tip 8: Sembur wajah dgn air sejuk dan berdirilah berhampiran tempat yg sejuk utk mengurangkan kesan kemerahan.
Tip 9: Sapukan warna cerah di dalam kelopak mata utk menyerlahkan bentuknya.
Tip 10: Gunakan penyembur rambut beberapa saat di bulu mata.
Tip 11: Untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam, wap wajah selama 5 minit dan sental dgn segera.
Tip 12: Untuk menjadikan rambut anda berkilau dan kuat, sapukan minyak zaitun ke rambut sebaik sahaja selepas mandi. Ia membantu menjadikan rambut lebih berkilau dan kuat.
Tip 13: Sapukan jeli petroleum kepada bulu mata untuk menjadikannya lebih lembut dan cantik. Lakukan ini setiap kali sebelum tidur. Ia juga membantu melentikkan bulu mata secara semulajadi.
Cubalah. Jangan lupe bagitau sy hasinya.
wow...
BalasPadam