Khamis, November 12, 2009

Diet 7 Hari

Aku jumpa diet ni dalam majalah RAPI yang tersusun rapi di rak buku aku...hehehe...
Moga-moga dengan cara ni ada penurunan dalam masa seminggu

Diet ni untuk seminggu

Hari Pertama
- boleh makan semua jenis buah kecuali pisang
- jus tembikai rendah adalah pilihan yang tepat
- sup

Hari Kedua
- Semua jenis sayur-sayuran kecuali kacang, pis dan jagung, tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpamanya
- paling baik sayuran hijau
- sup
- malam, makanlah kentang putar hidangan besar. Lupakan mentega dan mayonis

Hari Ketiga
- Gabungkan hari pertama dan kedua
- Jika betul-betul amalkan diet ni, berat antara 2-3kg boleh turun

Hari Keempat
- Makanlah pisang dan minum susu skim
- seeloknya tiga biji pisang dan minum susu sebanyak yang mampu
- sup

Hari Kelima
- Daging dan tomato
- anda dibenarkan untuk makan daging (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600g
- tomato boleh makan hingga 6 biji
- sup sekali sehari

Hari Keenam
- Daging dan sayur
- jangan makan kentang putar
- jangan lupa sup

Hari Ketujuh
- nasi dari jenis beras perang
- jus kurang manis
- sayur-sayuran
- sup sekali sehari

8 Perkara Lakukan Sepanjang Berdiet
1. Ulangi pelan dalam seminggu seberapa kerap yang anda mahu. Amalkan secara konsisten.
2. Bersihkan minda anda dan yakinkan diri untuk bahawa anda boleh meneruskan diet ini.
3. Diet ini membakar kalori dengan pantas dan tidak menyebabkan sengal-sengal otot.
4. Kesannya selepas hari ketiga, anda akan menolak kopi
5. Anda dilarang makan apa-apa makanan berasaskan roti sepanjang pelan menu ini.
6. Elakkan minum alkohol dan berkarbonat
7. Lebihkan sup
8. Semua makanan yang boleh diambil mestilah direbus, dibakar atau dipanggang. Dibolehkan makan steak tetapi lebihkan daging ayam atau ikan.

All The Best

Aku dah try diet ni untuk 2 ari sajo...ari lain mkn cm besa tidak boleh ikut lagi diet ini..ampun...susahnya nk follow diet ni betul-betul. Dugaan dan cabaran teralu banyak loo...ni je progres aku ..hehehe...jangan mare...

Hari Pertama

10/11/2009
8.00 pagi - jus tembikai
1.00 tgh - buah sahaja...(ngelat juga makan bihun gorang ckt)
8.30 mlm - sup sayur

w/o:
- JM Level 1 7.30-8.30mlm
- skipping 500x 6.00pagi

Hari kedua
Timbang jam 7.00 pagi
Berat turun 1kg kepada 64kg
:) happy sangat

Dah dapat turun 1kg kan..tapi...aku stop setengah jalan. Sayang kan? Musti korang cakap aku ni bodoooo tahap gaban...diet senang camni pun takleh buat...korang cuba dlu baru tau..

Ni aku listkan beberapa sebab nape aku stop
1. buah sekarang ni tersangat mahal (nak cari buah tembikai pun susah)
2. alamak nampak gayanye satu je sebab

ok la aku pn nak mula balik buat diet ni...jom kita menchallengekan diri kita untuk follow this diet.
Kalau tak percaya tgk result ku pada hari ke-2. Sebenarnya boleh tu kalau aku buat betul2.
Maybe aku dah dapat berat target untuk 27 nov iaitu 60kg. Aku nak try lagi for this week.
Nekad ni nak mula esok. doakan aku berjaya ye kawan-kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen anda. tq