Khamis, November 12, 2009

Kisah aku dan Kenangan

Pada suatu pagi semasa aku tengah siap nak gi keje aku telah disedarkan dari mimpi...tau ape yang telah menyedarkan aku tentang asal usulku...lagu dari Halim Yazid yang berjudul bangkit asal 2. Bagiku lagu itu sungguh menyayat hati dan ada kena mengena ngn aku...syahdu oo pagi2 denga lagu cmtu...

Aku tak penah cite pasal diri aku kepada orang lain..
Hari ini aku nak cite kisah diri aku pasai ni blog aku kan.

Bermula masa kecil dulu..
Aku dah biasa makan nasi tanpa lauk,
Kalau ada seekor ikan kena syer dua,
Dapur cuma ada garam, tak penah ada gula,
Baca buku malam-malam pakai pelita, minum air telaga, masak guna dapur kayu,
Bangun pagi-pagi, mandi air telaga (sejuk oo) Jalan kaki ke sekolahgi sekolah tanpa breakfast,
Bila hari hujan, jalan becak kasut putih jadi kuning,
Satu perkara sampai sekarang yang aku takleh lupa cikgu mintak duit RM6 je untuk pegi lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands, orang lain g sume aku sorang jah tinggal, sedey gile time ni..niat dalam hati dah keje or dah kawin nak ajak laki g (sampai sekarang aku lum penah sampai sane lagi),
mek ayah pun tak penah kisah pasal sekolah janji diorang dapat anta aku g sekolah, blaja la sendiri,
Aku nekad dalam hati nak blaja sungguh2 nak lulus SPM dapat kje elok,
Lepas je SPM rezeki aku terus dapat keje kat Bangi,
Kat sini aku sedih plak kena dok sorang-sorang,mek ayah dan adik2 jauh di kelantan
Pesan ibu dan ayah pandai-pandai la membawa diri sentiasa teguh tersemat dihati

Ingatlah semua...masa kita susah takde orang pun nak pandang walau sebelah mata.....

Now bila hidup kita dah senang kita cepat lupa, lupa pada semua perkara,
Lupa yang kita pernah susah terpaksa syer makanan,
Bila senang kita tak penah nk kira jumlah makanan dan kalori yang masuk ke perut kita sebab tu lah berat aku makin bertambah dari tahun ke tahun sehingga kini...

Tapi aku bersyukur sebelum terbabas jauh sekarang aku dah tahu macamana nak sihat, kurus dan cantik dengan diet dan eksesais yang betul.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada kawan-kawan dalam cari.com. Dari situ aku banyak blaja how to loose weight with diet n eksesais. Bersyukur sangat dapat jumpe web ni kalau tak...ntah sampai bila aku nak ternak lemak ni dalam bdan aku..sekurang-kurangnya sekarang aku berusaha untuk mengurangkan penternakan lemak ini supaya tidak menjadi bertambah parah.

1 ulasan:

  1. sedihnyeee....tak per lah kalau dah berisi skrg...tapi tambah cantik...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda. tq