Rabu, Mac 03, 2010

Kisah Lucu 1

Nak Gelak Ke Tak Ni?

Seorang wanita yang mendukung bayinya sedang menaiki tangga bas. Sebaik terlihat bayi wanita itu, pemandu bas dengan selamba tiba-tiba berkata, "Inilah bayi terhodoh dalam dunia yang pernah saya lihat." Dengan marah, wanita itu terus membayar tambang dan duduk jauh di belakang bas. Mukanya masam betul. Lelaki yang duduk berhampiran dengannya perasan akan 'mood' wanita itu yang tidak berapa baik. Cuba meredakan perasaan wanita itu, lelaki itu bertanya apakah yang sedang mengganggu emosinya. "Pemandu bas ini telah menghina dan memalukan saya," adunya. Lelaki tersebut sangat simpati dan terus berkata pada wanita tersebut, "Kenapa? Sebagai pemandu bas awam, dia tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang boleh merendahkan maruah penumpang." "Awak betul. Saya rasa saya nak jumpa semula dengannya dan lepaskan kemarahan saya padanya," balas perempuan itu pula. "Ya. Saya setuju. Awak pergi sekarang. Tapi sebelum itu, mari saya pegang monyet awak tu dulu."

Kelakar tak? Sebenarnya bayi yang dikendongnya ialah anak monyet yg dibungkus dengan kain. Ekkekekek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen anda. tq