Jumaat, Mac 19, 2010

Baby oh Baby

Hi there...dah lame sy tak berblog. Rindu plak rasanya dah lame tk menaip sesuatu dalam blog. Sebenarnya kehidupan sy semenjak dua menjak ni terlampau sibuk. Ok lah dipendekkan story sy nak syer berita gembira ngan u all. Saya telah dianugerahkan seorang baby boy yang sangat cute. Lahirnya pada 07.03.2010 dengan berat 3.0kg dan ukuran panjang 52cm. Sedar tak sedar sy dah jadi Umi (tak sesuai) ade aku kesah. Kalau boleh sy nak umumkan kat satu dunia yg sy telah menjadi UMI....bangga ada, sedey sume perasaan bercampur baur. Dah lame sy nantikan saat-saat ni tau. Perkahwinan kami dah 6thn. Akhirnya penantian ini berakhir jua. Syukur padamu Ya Allah. Tiada kata dan tiada bahasa yang dapat sy gambarkan.

Sy dan suami sepakat menamakan baby kami Irsyad Naufal. Irsyad kaulah permata hati Umi. Next time sy upload foto. For this time bz menjaga baby.

Tiada ulasan:

Catat Komen

sila tinggalkan komen anda. tq