Rabu, Mac 03, 2010

Kisah Lucu 2

Pelatih Baru

Imran diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke dalam biliknya dan terus mendail telefon. "Tolong buatkan saya kopi. Cepat!" katanya menengking. Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awa bercakap ni?" kata suara di hujung talian."Tidak," jawab Imran. "Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?" balas suara itu. Imran terkejut. Barulah dia sedar yg dia tersalah dail. Hajatnya mahu menghubungi kantin. "Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?" tanya Imran. "Tak, awak siapa?" balas Pengarah Urusan itu. "Kalau tak tahu, bagus," kata Imran terus meletakkan gagang telefon.

2 ulasan:

  1. ha ha ha lawak tul w/pun dh pernah baca lawak nih still it makes me laugh thanx again

    BalasPadam
  2. mmg lawak....sabo jela

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda. tq