Rabu, Mac 03, 2010

Rahsia Memilih Sikat

Yang perlu dilakukan...

1. Beli sikat rambut yg berkualiti bagi menjaga keindahan dan kesihatan rambut. Walaupun mahal harganya, anggaplah pembelian tersebut sebagai satu pelaburan. Bukankan sikat itu untuk kegunaan setiap hari?
2. Pilih sikat rambut yang bergigi jarang dan lembut untuk memudahkan rambut disikat antara celahan tersebut. fungsinya untuk menghindari rambut mudah putus.
3. Gunakan sikat rambut yg diperbuat daripada bahan semula jadi untuk mencegah rambut rosak dan patah.
4. Cuci sikat rambut secara rutin kerana minyak daripada kulit kepala akan melekap pada gigi sikat dan menghimpunkan kotoran.
5. Buang rambut atau kotoran yg menempel pada permukaan sikat terlebih dulu sebelum mencucinya.
6. Rendam sikat rambut ke dalam campuran air dan mild shampoo, kemudian keringkannya secara semulajadi (menganginkannya)

Yang perlu dielakkan...

1. Buang tabiat memakai sikat rambut yg diperbuat daripada bahan sintesis dan berkualiti rendah dgn alasan harganya murah.
2. Jangan mengehadkan diri dengan hanya memiliki satu sikat rambut kerana setiap org harus mempunyai sikat yg disimpan di rumah dan satu lagi di dalam tas tangan yg boleh dibawa ke mana saja.
3. Elakkan daripada menyikat rambut yang disepit atau diikat. Ini kerana rambut akan menjadir semakin rosak kerana tekanan terkumpul (daripada arah rambut disikat) di satu bahagian.
4. Jangan menggunakan sikat rambut bulat untuk pemakaian setiap hari. Hujung sikat yang padat dan penuh boleh menyebabkan rambut terbelit seterusnya mengakibatkan rambut tertarik atau patah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen anda. tq