Rabu, Mac 03, 2010

Pehtua Tradisional 1

Petua 1

Berat yg berlebihan
Minum air limau nipis.

Cara 1: 2biji limau nipis atau kasturi, perah airnya ke dalam gelas yg berisi dgn air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam (setiap hari). Cara ini boleh diikuti dngan senaman ringan. amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Cara 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh Cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Cara 3: Minum air asam jawa setiap hari kerana ia mampu membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa dan ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, jadikan sebagai minuman selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan lansing.

Cara 4: Amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yg ditambah dgn sebuk kayu manis dan madu.

1 ulasan:

sila tinggalkan komen anda. tq